HARI KELUARGA GURU DI GEM BEARCH RESORT, TERENGGANU MERAKAM KENANGAN MANIS
Saturday, August 16, 2008GEM Bearch Resort, Terengganu Darul Iman. 16-18/8/2008. Guru-guru dan Kakitangan SRA Ibnu Rusyd Kawasan Melayu PJ telah mengikuti Program Perkembangan Staff dan Lawatan ke Negeri Terengganu Darul Iman dan Kelantan Darul Naim. Program ini disertai oleh guru-guru, kakitangan dan ahli keluarga serta AJK PIBG SRA Ibnu Rusyd PJ.
Tujuan program diadakan adalah untuk mendedahkan guru dan kakitangan SRA Ibnu Rusyd PJ tentang peranan guru sebagai pendidik dan Murabbi dan kepentingan bekerja sebagai satu pasukan. Program ini telah diadakan dengan menggabungkan aktiviti yang berbentuk Hari Keluarga, Slot Motivasi Guru dan kakitangan dan Lawatan sambil melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT. Adalah diharapkan dengan program ini secara tidak langsung guru-guru dan kakitangan dapat mengenali antara ahli keluarga masing-masing seterusnya dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Program di GEM Bearch Resort bermula Jam 0545 petang. Walaupun perjalanan seawal Jam 0800 pagi dari Petaling Jaya amat meletihkan, namun semua peserta tidak menjadikan alasan keletihan untuk turun mengikuti aktiviti pada petang itu. Cuaca petang itu tidak berapa mengizinkan, aktiviti petang hanya sempat berjalan untuk 2 acara sahaja, iaitu acara untuk anak-anak berumur 5 tahun dan anak-anak sekolah rendah sahaja. Sedang anak-anak bersemangat bertanding, hujan telah turun... semua peserta telah berteduh dalam wakaf di tepi pantai secara beramai-ramai. Tak sangka juga. Wakaf yang nampak kecil itu boleh memuatkan semua orang yang jumlahnya lebih kurang 43 orang.




