GEM Bearch Resort, Terengganu Darul Iman. 16-18/8/2008. Guru-guru dan Kakitangan SRA Ibnu Rusyd Kawasan Melayu PJ telah mengikuti Program Perkembangan Staff dan Lawatan ke Negeri Terengganu Darul Iman dan Kelantan Darul Naim. Program ini disertai oleh guru-guru, kakitangan dan ahli keluarga serta AJK PIBG SRA Ibnu Rusyd PJ.
Tujuan program diadakan adalah untuk mendedahkan guru dan kakitangan SRA Ibnu Rusyd PJ tentang peranan guru sebagai pendidik dan Murabbi dan kepentingan bekerja sebagai satu pasukan. Program ini telah diadakan dengan menggabungkan aktiviti yang berbentuk Hari Keluarga, Slot Motivasi Guru dan kakitangan dan Lawatan sambil melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT. Adalah diharapkan dengan program ini secara tidak langsung guru-guru dan kakitangan dapat mengenali antara ahli keluarga masing-masing seterusnya dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Program di GEM Bearch Resort bermula Jam 0545 petang. Walaupun perjalanan seawal Jam 0800 pagi dari Petaling Jaya amat meletihkan, namun semua peserta tidak menjadikan alasan keletihan untuk turun mengikuti aktiviti pada petang itu. Cuaca petang itu tidak berapa mengizinkan, aktiviti petang hanya sempat berjalan untuk 2 acara sahaja, iaitu acara untuk anak-anak berumur 5 tahun dan anak-anak sekolah rendah sahaja. Sedang anak-anak bersemangat bertanding, hujan telah turun... semua peserta telah berteduh dalam wakaf di tepi pantai secara beramai-ramai. Tak sangka juga. Wakaf yang nampak kecil itu boleh memuatkan semua orang yang jumlahnya lebih kurang 43 orang.
Malamnya acara Ta'aruf dan sambung acara tepi pantai yang tak selesai. Acara susun puzzle untuk orang dewasa lelaki dan perempuan. Rupanya tak kurang bersemangat dan bersungguhnya mereka bila disuruh susun puzzle yang biasanya dibuat oleh anak-anak umur 5 atau 6 tahun. Tahniah kepada yang menang.
Pada keesokan harinya, Ahad..guru-guru berpeluang bertemu dengan Sutradara terkenal tanah air iaitu Saudara Aziz M. Osman.
Dapatlah peluang bergambar dengan artis. Masing-masing rasa teruja. Maklum dapat jumpa live dengan sutradara terkenal. Katanya baru kahwin ... bercuti di Terengganu.
Lawatan di Terengganu ke Pantai Batu Buruk, Masjid terapung Tengku Tengah Zaharah, Pasar Payang dan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Di Pasar Payang guru-guru tidak melepaskan peluang shopping barang-barang tenunan.. kain batik sutera, songket dan ada yang dah beli keropok leko. Rasa macam tak cukup masa yang diberikan 2 jam untuk shopping. Yang tak dapat nak shopping tu, window shppingpun jadilah.
Hari Isnin, bertolak Ke Kelantan, melawat Negeri Cik Siti Wan Kembang. Singgah di Pulau Melaka, melawat rumah kediaman Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Alhamdulillah ketika rombongan berada di kediaman Tuan Guru, kami sempat berjumpa dengan Tuan Guru, baru balik dari Kuala Lumpur (selesai Mu'tamar PAS). Selepas itu rombongan ke Kota Bharu, singgah Solat di Masjid Muhammadi, kemudian melawat Istana Balai Besar dan
shopping di Pasar Besar Siti Khadijah.
Sebelum balik ke Kuala Lumpur, rombongan singgah di Rantau Panjang... Zon Bebas Cukai di sempadan Malaysia - Thailand. Sambung lagi
shopping... barang-barang dapur, tikar lipat, barangan kulit, kain baju dan lain-lain. Selepas selesai di Rantau Panjang, rombongan bertolak balik melalui Pasir Mas, Gua Musang melalui Lebuhraya Gua Musang - Merapoh. Alhamdulillah... sampai di Kawasan Melayu PJ pukul 0400 pagi. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut serta dalam rombongan dan atas kerjasama baik yang diberikan oleh semua pihak. Semoga program yang sebegini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.