SALAM LEBARAN DARI MANTAN GB SRA IBNU RUSYD PJ

Tuesday, September 15, 2009

Assalamualaikum Wbt...

Buat Semua Warga SRA Ibnu Rusyd Petaling Jaya... Rasanya macam baru sekejap Saya meninggalkan SRAKMPJ, rupanya dah lebih setengah tahun. Mungkin byk perubahan yg telah dilakukan oleh kepimpinan GB yg baru. Saya harap perubahan yg dibuat/ dilaksanakan dapat memberi faedah dan manfaat kpd semua Warga SRAKMPJ.

Dengar cerita kebanyakan guru2 SRAKMPJ dah pandai ber"Chatting"... Eloklah kalau begitu. Kemudahan yg disediakan telah dimanfaatkan dgn baik... tetapi Ingat!!! Jgn Kita gunakan kemudahan yg disediakan itu utk perkara2 yg tidak sepatutnya atau disalah guna, kerana tujuan orang sebelum ini mengadakan kemudahan komputer tersebut adalah untuk guru2 membuat soalan dan lain2 tugasan yg berkaitan dgn sekolah. Jgn disalah guna kemudahan yg disediakan yg sumbernya adalah dari duit ibu bapa murid2 SRAKMPJ.

Kepada GB SRAKMPJ... Sy harap laman blog ni dapat di"update" dari masa ke semasa. Ramai kalangan guru2 SRAKMPJ yg hebat dan ada kepakaran dlm bidang ICT. Berilah amanah kepada mereka utk menguruskan laman ini dgn bimbingan dari GB. Dari sibuk "Chatting" lebih baik masukkan cerita / berita terbaru tantang sekolah. Sekurang-kurangnya ibu bapa dapat info dgn mudah bila buka blog ni. Zaman sekarang kan maklumat di hujung jari. Saya dah cuba "upgrade" blog ni... harap2 ianya dapat dimanfaatkan dgn sebaiknya. Saya pun boleh lihat perkembangan semasa SRAKMPJ melalui blog ni. Sesungguhnya SRAKMPJ tetap di hati Saya.

Di kesempatan ini Sy ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Minal 'Aidin Wal Faizin Wal Maqbulin, Kullu 'Am... Wa Antum Bi Khair. Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap Sy kepada semua guru2 SRAKMPJ.

Wsssalamualaikum WBT...






hari guru 2009

Tuesday, September 8, 2009

GURU BESAR SRA IBNU RUSYD BERPINDAH KE SRAITAF BATU BELAH

Sunday, November 30, 2008


30 NOV 2008, Setelah lebih kurang 9 tahun menabur bakti di SRA Ibnu Rusyd Petaling Jaya, Ustaz Samuri Zan Guru Besar SRA Ibnu Rusyd Petaling Jaya telah diarah bertukar ke SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, Klang. Pertukaran berkuatkuasa mulai 1 DIS 2008.

Walaupun berat rasa hati untuk melepaskan beliau berpindah, tapi demi tugas dan tanggungjawab yg telah diamanahkan, perpindahan beliau ke SRAITAF Batu Belah diiringi dengan doa semoga Ustaz Samuri Zan suksess di tempat baru yg lebih mencabar dan hebat dugaannya.

Insyaallah didoakan semoga diberi kekuatan dan kecekalan hati agar terus mencurahkan bakti untuk agama dan bangsa. Amin.

Labels:

JAMUAN MURID AKHIR TAHUN 2008 MERIAH

Tuesday, November 11, 2008


11 NOV 2008 (Selasa), Program jamuan Akhir Tahun murid-murid SRA Ibnu Rusyd Petaling Jaya berlangsung dengan meriah. Semua kelas dengan usaha guru, ibu bapa dan murid-murid telah bekerjasama untuk mengadakan majlis jamuan tersebut. Alhamdulillah pada tahun ini majlis jamuan tersebut telah dapat dilaksanakan seperti kebiasaannya.

Jamuan akhir tahun ini telah menjadi acara tahunan SRA Ibnu Rusyd Petaling Jaya. Setiap akhir tahun semua kelas akan mengadakan majlis jamuan tersebut. Majlis ini diadakan bagi meraikan dan tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas keselamatan dan kesejahteraan sepanjang satu tahun persekolahan.

Pada awal tahun murid-murid akan mengadakan kutipan yuran kelas bagi membeli alatan keperluan kelas yang tidak dibekalkan, di samping untuk mengindah dan menceriakan kelas masing-masing. Selain daripada itu, dengan kutipan yuran tersebut juga akan digunakan untuk mengadakan majlis jamuan akhir tahun kelas masing-masing.

Alhamdulillah, pada tahun ini majlis jamuan dapat dilaksanakan seperti kebiasaannya. Setiap kelas berusaha menyediakan jamuan yang berbagai menu mengikut kemampuan kelas masing-masing, dari kelas Darjah Satu hinggalah ke kelas Darjah Enam. Bihun dan mee sudah menjadi juadah kebiasaan. Nasi ayam, beriani dan makaroni lazat tidak terperi. Kek, burger, nasi lemak pastinya enak. Bubur jagung, pizza dan KFC juga tidak ketinggalan. Guru masing-masing kekenyangan sampai tak larat nak berjalan. Semoga majlis yang dianjurkan dapat mencapai matlamat yang dihajatkan. Jumpa lagi tahun hadapan... Insyaallah.

MURID-MURID DARJAH 6 MENJALANI PEPERIKSAAN PSRA DI BULAN PENUH KEBERKATAN

Monday, September 22, 2008

22 SEPTEMBER 2008, Hari ini merupakan hari pertama murid-murid Darjah 6 menjalani peperiksaan PSRA. Rasa berdebar-debar perasaan hati semua calon PSRA SRA Ibnu Rusyd PJ ( SRAIR ) terutama guru-guru yang mengajar mereka. Maklum... peperiksaan ini merupakan peperiksaan yang amat penting kepada semua murid-murid dan guru-guru darjah 6 SRAIR. Bagi murid Darjah 6 ianya merupakan peperiksaan akhir yang akan menentukan halatuju mereka sama ada dapat meneruskan pelajaran ke Sekolah Agama Menengah atau sebaliknya.

Pada tahun ini calon peperiksaan PSRA berjumlah 58 orang sahaja. Walaupun jumlahnya sedikit, pihak sekolah berharap dengan bilangan yang sedikit ini pihak sekolah dapat mencapai kecemerlangan sama seperti sekolah-sekolah lain juga. Jika keputusan peperiksaan mereka mendapat keputusan yang cemerlang ( Mumtaz ) Insyaallah mereka akan ditawarkan untuk memasuki Sekolah Agama Menengah ( SABK ) Jabatan Agama Islam Selangor. Selain daripada itu jika keputusan PSRA Mumtaz dan UPSR 5A, mereka akan ditawarkan untuk memasuki SAM Bestari JAIS, Subang Jaya atau Ma'ahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar ( MITIB ), Kg. Bandar, Kuala Langat.

Pada hari peperiksaan dijalankan, sebelah paginya murid-murid Darjah 6 diwajibkan menghadiri kelas Intensif untuk menambahkan persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan PSRA. Murid-murid akan dibimbing oleh guru-guru untuk mengulangkaji pelajaran serta membincangkan solan-soalan target yang dijangka keluar dalam peperiksaan serta teknik menjawab soalan dengan yang betul. Semoga semua calon peperiksaan PSRA memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PSRA tahun ini. Aminn..

GURU-GURU SRA IBNU RUSYD TERIMA DUIT RAYA

20 SEPTEMBER 2008, Satu Majlis ringkas penyerahan sumbangan Duit Raya kepada guru-guru SRA Ibnu Rusyd PJ (SRAIR) telah diadakan di Bilik Guru SRAIR. Sumbangan ini adalah merupakan sumbangan kerajaan negeri Selangor melalui Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Taman Medan. Pada majlis ini ADUN Kawasan Taman Medan, YB Puan Haniza Bt. Mohamed Talha telah hadir ke SRAIR untuk menyerahkan sumbangan tersebut.

Pada majlis ini semua guru dan kakitangan SRAIR telah hadir untuk menerima sumbangan Duit Raya tersebut. Perkara ini merupakan pertama kali guru-guru menerima sumbangan Duit Raya daripada pihak YB ADUN. Bagi pihak sekolah, kami amat menghargai sumbangan yang diberikan.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan secara tidak langsung memberikan sedikit kegembiraan kepada guru-guru SRAIR dalam menyambut 'Aidilfitri yang bakal menjelang, selain menunjukkan keperihatinan YB ADUN kepada guru-guru di kawasan Taman Medan. Harapan guru-guru dan pihak sekolah agar sumbangan ini dapat diteruskan untuk masa akan datang.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA TADARRUS BULAN RAMADHAN

Thursday, September 18, 2008

19 September 2008. Biro Hal Ehwal Murid dgn. kerjasama Biro Kurikulum SRA Ibnu Rusyd PJ telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Prograom Tadarrus Al-Quran murid-murid dan guru sepanjang sesi persekolahan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Majlis Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Hazelaihi Bin Abdullah, Imam Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun yg. juga merupakan guru SRA Ibnu Rusyd PJ.

Majlis telah diadakan di dewan sekolah yang melibatkan murid-murid Darjah 4, 5 dan 6 yang telah dipilih serta guru yang terlibat dengan kelas yang tersebut. Murid-murid lain turut serta dalam majlis tersebut dengan mendengar dan mengikuti majlis tersebut di kelas masing-masing. Majlis tersebut diadakan mengikut sesi persekolahan sesi pagi dan petang.

Majlis ini adalah amat bermakna kepada semua guru dan murid-murid di sekolah ini kerana sememangnya amalan Bertadarus Al-Quran adalah amat digalakkan di bulan Ramadhan. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program Tadarrus ini setiap hari pada waktu pertama sesi pengajaran berlangsung. Semua kelas dan guru-guru telah diagihkan 1 juzuk dari Al-Quran untuk dibaca secara Tadarrus di kelas masing-masing. Alhamduliiah pada hari ini semua guru dan murid telah berjaya menyelesaikan bacaan Juzuk Al-Quran yang telah diagihkan tersebut.

Di akhir majlis, murid-murid yang terlibat dengan Majlis Khatam Al-Quran telah diberikan sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan. Selain daripada itu, untuk murid yang lain pihak sekolah telah mengagihkan buah kurma kepada semua murid-murid SRA Ibnu Rusyd PJ. Cenderahati dan buah kurma adalah sumbangan dari ibu bapa/ penjaga murid, juga individu yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Semoga sumbangan yang diberikan akan diberikan ganjaran yang selayaknya oleh Allah SWT.

Harapan pihak Sekolah dengan adanya majllis ini murid-murid Darjah 6 yang terlibat apabila telah menamatkan pelajaran di SRA Ibnu Rusyd PJ dapat meneruskan aktiviti Tadarrus ini serta mengimarahkan masjid dan surau-surau terutama ketika bulan Ramadhan Al-Mubarak.